Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini. Selamat datang ke Blog Kraftangan Tradisional. Seperti yang kita tahu, hasil seni kraftangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya yang sangat menarik. Justeru, di dalam blog ini menyediakan pelbagai maklumat kraftangan tradisional seperti anyaman, tembikar, batik, keychain dan kain songket.
- DEFINISI KRAFTANGAN
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan.
JENIS-JENIS KRAFTANGAN
- ANYAMAN
Seni anyaman yang merupakan milik masyarakat Melayu masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ianya boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi tradisi sejak berabad-abad lalu. Selain itu, bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Pelbagai rupa bentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Tumbuhan pandanus digunakan untuk menghasilkan barangan rumah seperti tikar, tudung saji, serta pelbagai jenis beg dan raga.Anyaman ini diwarnakan dengan pelbagai rona warna.


- TEMBIKAR
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diporeses, dibentuk, dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Seni tembikar ini wujud sejak beribu tahun dahulu.
- CARA-CARA MEMBUAT TEMBIKAR
- Kumpulkan tanah liat dan tumbuk dengan menggunakan lesung sehingga hancur dan halus.
- Setelah itu, tanah liat ditapis untuk membuang pasir dan batu-batu kecil.
- Kemudiannya, campurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Seterusnya, tanah liat perlu digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang.
- Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan.
- Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder.
- Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya.
- Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan, untuk dicantumkan di bahagian tapak lapu dengan teknik lilit.
- Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu.
- Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu.
- Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam.
- Seterusnya, ukir labu dengan ukiran yang kreatif dan menarik.
- Akhir sekali, proses pembakaran labu yang mengambil masa selama 6 jam.


- BATIK
Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Kebiasaannya reka corak dan motif -motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak -corak geometri atau abstrak.Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipecayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia.
- CARA-CARA MEMBUAT BATIK
- Langkah Pertama ➧Kita membuat reka corak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional atau etnik, flora dan fauna, organik, garisan dan ruang, seni abstrak dan lain-lain.
- Langkah Kedua ➧Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain.Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten.
- Langkah ketiga ➧Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh.
- Langkah Keempat ➧Setelah empat jam kain direndam dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah diukir sebelumnya nampak jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya, kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Akhir sekali, jemur kain tersebut di tempat teduh agar warnanya tahan lama dan berkualiti.


- SONGKET
Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menggunakan benang emas dan perak.
- CARA-CARA MEMBUAT SONGKET
1) Mencelup Benang - Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat, benang perlu dikeringkan, sebelum kerja selanjutnya dilakukan.
2) Melerai Benang - Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat daan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang paken.
3) Menganing Benang - Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.
4) Menggulung Benang - Seterusnya, benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng ( lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung ).
5) Menyapuk Benang - Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.
6) Menggarat Benang - Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila karat ditekan.
7) Menyongket - Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang losng.
8) Menekat - Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban.Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.
9) Menenun - Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benang loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang akan ditenun pada kain.


- KEYCHAIN ( NAMA )
Keychain ini sangat diminati ramai kerana pembeli boleh menentukan nama kesukaannya pada keychain nama. Ini yang menjadikan kraftangan ini sangat menarik dan popular. Biasanya pembeli akan menempah mengikut nama kesukaan untuk orang tersayang atau untuk diri sendiri. Nama pada keychain ini menjadikan orang tersayang rasa dihargai dan disayangi. Ditambah lagi dengan pelbagai bentuk keychain nama yang unik menjadikan permintaannya keychain nama ini sangat tinggi.
- KELEBIHAN KEYCHAIN NAMA :
1. Keychain ini boleh digantung dihandphone anda.2. Menyerlahkan beg tangan anda atau beg sekolah anak anda.3. Digunakan sebagai penanda buku atau 'Bookmark' 4. Dililit dicermin tengah kereta anda.5. Menghiasi monitor anda. Boleh digantung di tepi atau atas monitor anda.

